muhasabah

Sunday 3 November 2013

perginya ayah buat selamanya....

Assalammualaikum....
agak lama aku tak berceloteh kat sini kan.... hmmmm... tak kisah pon mana ade orang baca pon....
tapi aku nak taip jugak...
actually sejak aku berangkat (ayat..) ke kolej matrikulasi johor aku dah tak menyemak kat sini dah...  tapi aku menetap kat johor tak lama cuma seminggu je lepas tu aku dapat tukar ke kolej matrikulasi perlis.. tempat asal aku.. yeayyy...
mungkin orang kata aku manja xboleh berjauhan dengan family tapi kalau ikutkan aku, aku tak nak pindah pon... tapi aturan ALLAH itu hebat.... hanya dengan 4 patah perkataan yang mak tanya "adik nak pindah tak?" and then aku jawab "ya" hakikatnya hatiku tak seiring dengan mulutku... aku memang TAK NAK PINDAH!!!
memetik peribahasa melayu, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa....
so lepas orientasi aku pun balik ke perlis dan memulakan hari pertamaku di kolej matrikulasi perlis... aku selalu compare matrik johor n perlis.. banyak kekurangannya...

mungkin ini hikmahnya aku pulang ke negeri asalku dekat dengan family..
lepas 4 hari aku belajar di matrik perlis kami dibenarkan pulang bermalam... sewaktu abang aku datang jemput dia terus membawa aku ke hospital n dia cakap ayah masuk hospital...
jujur aku sangat-sangat terkejut... n aku merupakan orang yang terakhir tahu.. coz semua anak cucu ayah aku yang duduk jauh dah ada dekat hospital.. mak xckap awal2 sebab dia tak nak pelajaran aku terganggu..
setiap kali aku ke hospital melawat ayah pasti aku menangis melihat keadaan ayah dengan wayar penuh dibadan... alhamdulillah sehingga hari ahad aku sempat melawat dan menjaga ayah setiap hari... walaupun ayah dah tak mampu berbicara denganku...
sangat berat hatiku untuk pulang ke matrik waktu petang ahad tu.. tapi demi ilmu yang ingin ku cari aku pergi jua...
pada malam tu dalam pukul 1 lebih aku dikejutkan dengan panggilan dari abang, dia seruh aku balik dia cakap ada kecemasan, n then aku pun kejutkan kawan aku nak mintak no fon felo sebab aku baru lagi dekat KMP n xtau apa2, tapi felo xangkat, aku pun turun kerumah felo tpi xde respon, aku pun naik kereta dengan abang n g dkat guard mntak kebenaran nak balik n then abang suruh aku masuk dalam kereta dia nak cakap dengan guard, waktu tu macam2 persoalan bermain diminda aku, jujur aku takut sangat waktu tu....

setibanya dihadapan rumah, baru abang cakap ayah dah xda (ayah pergi tepat pada pukul 11.10 pm.. 9/6/2013) ... mujur kawan baik aku ikut sekali waktu tu dan tenangkan aku, aku masuk kedalam rumah untuk melihat jenazah ayah aku.. alhamdulillah wajahnya tersenyum seolah-olah dia sedang tidur.... walaupun aku bersedih tapi aku bersyukur penderitaan ayah lebih 2 tahun disebabkan hasad dengki manusia berakhir.... jujur aku katakan aku lebih menderita melihat dia terseksa dari melihat dia pergi menghadap ilahi....

yaaaaa..... inilah hikmah terbesar buat diriku... aku bersyukur allah gerakkan hati aku untuk pulang belajar diperlis... setidak-tidaknya aku dapat menatap wajah ayah buat kali terakhir dan melihat sendiri urusan mengurus jenazahnya... andainya aku berkeras tak nak pindah, mungkin aku adalah manusia paling menyesal sekali kerana xdapat menatap wajah ayah dan menjaganya buat kali terakhir... johor dan perlis bukannya dekat... Alhamdulillah YA ALLAH.....  sesungguhnya ALLAH lah sebaik-baik perancang...

Monday 13 May 2013

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya

1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya.

Tuesday 23 April 2013

6 Hadis Rasulullah SAW Berkaitan Dengan Cinta


6 Hadis Rasulullah SAW Berkaitan Dengan Cinta

1. Barangsiapa ingin dicintai Allah dan rasulNya hendaklah dia berbicara benar (jujur), menepati amanat dan tidak mengganggu tetangganya. (HR. Al-Baihaqi)

2. Barangsiapa mengutamakan kecintaan Allah atas kecintaan manusia maka Allah akan melindunginya dari beban gangguan manusia. (HR. Ad-Dailami)

3. Paling kuat tali hubungan keimanan ialah cinta karena Allah dan benci kerana Allah. (HR. Ath-Thabrani)

4. Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli (HR. Abu Dawud dan Ahmad)

5. Cinta berkelanjutan (diwariskan) dan benci berkelanjutan (diwariskan). (HR. Bukhari)

6. Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Allah dalam dirinya. Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana Dia menempatkan kedudukan Allah pada dirinya. (HR. Al Hakim)

Monday 22 April 2013

Kekeliruan antara tudung rambut + tudung labuh hingga ke dada dan pakaian ketat !!!

[ Kekeliruan antara tudung rambut + tudung labuh hingga ke dada dan pakaian ketat !!! ]

inilah kesilapan muslimah bila diajukan soalan mengenai tudung...rata-ratanya menjawab tudung tu wajib untuk menutup rambutnya kerana berdasar pemahaman mereka pada ayat surah an-nur ayat 31..

Allah SWT berfirman : Katakanlah ( olehmu wahai Muhammad ) kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukan pandangan dan menjaga kehormatan diri mereka dan jagan memperlihatkan perhiasan mereka, kecuali apa yang jelas daripada mereka dan hendaklah mereka labuhkan tudung sehingga ke bawah paras dada dan jangan memeperlihatkan perhiasan kecuali kepada suami, bapa mereka, bapa mertua mereka atau anak mereka dan anak tiri mereka, saudara lelaki dan anak saudara lelaki, saudara perempuan dan hambanya dan di antara orang lelaki yang dikasi atau tidak ada syahwat kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti aurat wanita dan janganlah berjalan menghentak kaki sehingga orang dengar perhiasan yang ada padanya. Bertaubatlah kamu kepada Allah wahai orang2 yang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan. ”

sebab itu ramai yg salah faham tentang aurat ini sehingga ada yg memakai baju body...baju yg ketat..berseluar jeans tetapi dengan syarat memakai tudung sahaja...inilah dikatakan Nabi Muhammad SAW 'berpakaian tetapi bertelanjang''.....

Tidakkan mereka tahu sebenarnya ada sambungan ayat ini...Allah SWT menyambung lagi ayat tentang aurat wanita di surah al-ahzab-ayat 59:

Allah SWT berfirman : Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani....

Labuhkan tudung hingga dada + melabuhkan pakaian hingga menutup seluruh tubuhnya BUKANNYA BALUT TUBUH...nampak tak perbezaanya?

Dear Muslimah,
Jelas dalam ayat tersebut, Allah perintahkan supaya menundukkan pandangan serta menjaga kehormatan diri, iaitu dgn menutup aurat seluruh badan bagi wanita kecuali muka dan telapak tangan, kerana mendedahkan kulit atau menampakkan bentuk badan adalah merupakan satu jalan untuk menaikkan nafsu keinginan manusia. Sebab itulah kita disuruh menundukkan pandangan sama ada lelaki mahupun perempuan.

Maka pakaian yang terbelah sampai Nampak betis atau paha, seluar ketat serta baju yang boleh menampakkan bentuk badan, maka sudah jelas di sini bahawa cara berpakaian spt. Ini adalah dilarang oleh syariat Islam dan diharamkan oleh Allah s.w.t. Ayat di atas juga jelas menunjukan bahawa suruhan Allah itu supaya wanita melabuhkan tudung mereka serta melebarkannya sehingga menutupi sekitar paras dada bagi menutupi bahagian-bahagian yang indah terukir seni, supaya tidak menonjol rapi. Kerana tempat2 yang seni ini tidak boleh dilihat oleh kaum lelaki, perasaan mereka mudah terusik apabila terlihatnya. Sebab itulah kaum wanita diwajibkan menutup aurat bagi memelihara harga diri. Mudah-mudahan dpt menundukan setiap mata yang memandang dan tidak mengulangi beberapa kali setelah terpandang kali pertama. Alla s.w.t. amat melarang kerana cara tersebut boleh manaikkan nafsu pihak lelaki yang rakus, dimana kesannya boleh membawa kpd kes rogol, zina seterusnya melahirkan anak luar nikah. Kemudian anak yang tak berdosa ini dicampak di merata-rata tempat. Maka tercemarlah maruah yang dihargai selama ini. Jagalah maruah diri kita, supaya diri kita tidak menjadi mangsa akhirnya teraniaya dan hina, pada pandangan masyarakat tiada lagi berharga......

Thursday 27 December 2012

I am back..

 Assalammualaikum....
huh lama gila aku tak berceloteh kat sini ,, hehehe..
acctually habis ja exam biology 27/11/2012 hari tu memang aku nak sambung tulis blog balik tapi perasaan malas yang menggunung memaksa aku supaya jangan menulis so aku pun xtulis la...

untuk pengetahuan korang sepanjang aku stop berceloteh kat sini (kononnya nak tumpu pada study) aku memang xsudy pon.. malas punya pasal... so aku main ja... sekarang baru tahu menyesal(adik2 jangan ikut perangai akak ekkk.... errr akak???? gasak je la..) hehehe ikut sangat ayat ni.. "study biar lepak, result biar gempak" kalau ok alhamdulillah kalau tak ok... tempah keranda je la... siap sedia la wahai telinga.... :P

sekarang aku memang xda kerja apa2 lepas je spm.. aku juz mengadap tv,makan , tido, n baca novel... (badan pon dah naik),,.... niat nak cari kerja awal  tahun ni... sekarang mood relax jek...(menghabiskan beras je)

ok la,... esok kalau aku rajin, aku update ape yang terjadi lepas spm ni... sory kalau agak terover slow... heehhe..

assalammualaikum....


Saturday 2 June 2012

time to say goodbye for a while friends


assalammualaikum.....
aq nk ckap skit.. wlaupn xda owg nk bca... huhuhu :(

okeh start from now 3/6/2012... hehehe
xda la aq sja ja nk ckap lpas ni aq dh xnak update blog dh coz spm pon dh dkat...
so aq juz nk fkos pda spm jew wt masa skunk...
lgipn slama ny aq dh byk men so tbalh msenya tok aq korbnkn sgalanya... huhuu(wat tr0k)
sbnrnya smnjk 2,3 mnjak ny byk bnda yg bez2 jd... tp dsbkn kekangan msa so aq abaikn dlu...  mlas nk 2lis at blog... wat kcoh jew...
klu aku ajin paz spm aq ctew smua ekkk...(kalau aq ingat lg la) huhu...
pas spm mybe byk kot aq nk 2lis gpn aq tgin gak nk wat nvel... plot aq dh lkar skit2 dh cma tngl nk olah jew...
smua lps spm la coz aq ny jnis yg.. klu dh wat somethng 2 akn terlalu taksub dgn bnda 2... so korg bygkn la klu aq dh start 2lis... mmg xpndang lngsung la bku chemistry,sejara,physc gn biology tu.... (sbjk yg byk hfal) huhu...
so aq dh nekad aku nk tngalkn smuanya buat sementara waktu tok kjar cta2 aq dlu... tmasukla nvel....(klu aq bli pon my be aq smpn dlu....(ble than kew....) nvel isteri sparuh ms pon tkat sblan jew aq ble than paz 2 bka gak pembalut 2 bca xsmpai shari pon.... hmwork mmg sah xbuat.. kantoi.... so nvel pon xyh bli.. sve duet.. muehehehehe....
oke la klu aq ajin  fon yg aq pkai skunk xperia aq tkar gn fon lma aq nkia 6020... coz xperia d wifi msti tgn aq gtai nk snth cri nvel online.. hehe byk dugaan... netbk aq smpn dlm almari lu...
k la byk ckp plak... p study noh....
hehehe (kt at dri sendiri..)
k la aq akhiri dgn assalammuaikum.....
_Hanna Akino Azima_

Wednesday 2 May 2012

Tips memilih teman baik.....

Assalammualaikum....

lama sdh.. x update blog ny.. rsa dh berkulat kot huhu... (juz joke) almklum sbok nk spm... sbnrnya es0k aq da exm sej p2 n agama p2... hahaha dsebabkn mls nk mngadap bku so aq mngadap la mka bku n blog.... korg bca la ek..

tips memilih teman baik....
Syarat-syaratnya ialah:

1. Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.


2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.


3. Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.

4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.

5. Orang yang benar perkataannya: Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.

**untuk berkawan BOLEH tp untuk menjadikan TEMAN BAIK fikir-fikirkanlah..**