muhasabah

Tuesday 23 April 2013

6 Hadis Rasulullah SAW Berkaitan Dengan Cinta


6 Hadis Rasulullah SAW Berkaitan Dengan Cinta

1. Barangsiapa ingin dicintai Allah dan rasulNya hendaklah dia berbicara benar (jujur), menepati amanat dan tidak mengganggu tetangganya. (HR. Al-Baihaqi)

2. Barangsiapa mengutamakan kecintaan Allah atas kecintaan manusia maka Allah akan melindunginya dari beban gangguan manusia. (HR. Ad-Dailami)

3. Paling kuat tali hubungan keimanan ialah cinta karena Allah dan benci kerana Allah. (HR. Ath-Thabrani)

4. Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli (HR. Abu Dawud dan Ahmad)

5. Cinta berkelanjutan (diwariskan) dan benci berkelanjutan (diwariskan). (HR. Bukhari)

6. Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Allah dalam dirinya. Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana Dia menempatkan kedudukan Allah pada dirinya. (HR. Al Hakim)

Monday 22 April 2013

Kekeliruan antara tudung rambut + tudung labuh hingga ke dada dan pakaian ketat !!!

[ Kekeliruan antara tudung rambut + tudung labuh hingga ke dada dan pakaian ketat !!! ]

inilah kesilapan muslimah bila diajukan soalan mengenai tudung...rata-ratanya menjawab tudung tu wajib untuk menutup rambutnya kerana berdasar pemahaman mereka pada ayat surah an-nur ayat 31..

Allah SWT berfirman : Katakanlah ( olehmu wahai Muhammad ) kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukan pandangan dan menjaga kehormatan diri mereka dan jagan memperlihatkan perhiasan mereka, kecuali apa yang jelas daripada mereka dan hendaklah mereka labuhkan tudung sehingga ke bawah paras dada dan jangan memeperlihatkan perhiasan kecuali kepada suami, bapa mereka, bapa mertua mereka atau anak mereka dan anak tiri mereka, saudara lelaki dan anak saudara lelaki, saudara perempuan dan hambanya dan di antara orang lelaki yang dikasi atau tidak ada syahwat kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti aurat wanita dan janganlah berjalan menghentak kaki sehingga orang dengar perhiasan yang ada padanya. Bertaubatlah kamu kepada Allah wahai orang2 yang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan. ”

sebab itu ramai yg salah faham tentang aurat ini sehingga ada yg memakai baju body...baju yg ketat..berseluar jeans tetapi dengan syarat memakai tudung sahaja...inilah dikatakan Nabi Muhammad SAW 'berpakaian tetapi bertelanjang''.....

Tidakkan mereka tahu sebenarnya ada sambungan ayat ini...Allah SWT menyambung lagi ayat tentang aurat wanita di surah al-ahzab-ayat 59:

Allah SWT berfirman : Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani....

Labuhkan tudung hingga dada + melabuhkan pakaian hingga menutup seluruh tubuhnya BUKANNYA BALUT TUBUH...nampak tak perbezaanya?

Dear Muslimah,
Jelas dalam ayat tersebut, Allah perintahkan supaya menundukkan pandangan serta menjaga kehormatan diri, iaitu dgn menutup aurat seluruh badan bagi wanita kecuali muka dan telapak tangan, kerana mendedahkan kulit atau menampakkan bentuk badan adalah merupakan satu jalan untuk menaikkan nafsu keinginan manusia. Sebab itulah kita disuruh menundukkan pandangan sama ada lelaki mahupun perempuan.

Maka pakaian yang terbelah sampai Nampak betis atau paha, seluar ketat serta baju yang boleh menampakkan bentuk badan, maka sudah jelas di sini bahawa cara berpakaian spt. Ini adalah dilarang oleh syariat Islam dan diharamkan oleh Allah s.w.t. Ayat di atas juga jelas menunjukan bahawa suruhan Allah itu supaya wanita melabuhkan tudung mereka serta melebarkannya sehingga menutupi sekitar paras dada bagi menutupi bahagian-bahagian yang indah terukir seni, supaya tidak menonjol rapi. Kerana tempat2 yang seni ini tidak boleh dilihat oleh kaum lelaki, perasaan mereka mudah terusik apabila terlihatnya. Sebab itulah kaum wanita diwajibkan menutup aurat bagi memelihara harga diri. Mudah-mudahan dpt menundukan setiap mata yang memandang dan tidak mengulangi beberapa kali setelah terpandang kali pertama. Alla s.w.t. amat melarang kerana cara tersebut boleh manaikkan nafsu pihak lelaki yang rakus, dimana kesannya boleh membawa kpd kes rogol, zina seterusnya melahirkan anak luar nikah. Kemudian anak yang tak berdosa ini dicampak di merata-rata tempat. Maka tercemarlah maruah yang dihargai selama ini. Jagalah maruah diri kita, supaya diri kita tidak menjadi mangsa akhirnya teraniaya dan hina, pada pandangan masyarakat tiada lagi berharga......