Kekeliruan antara tudung rambut + tudung labuh hingga ke dada dan pakaian ketat !!!
[ Kekeliruan antara tudung rambut + tudung labuh hingga ke dada dan pakaian ketat !!! ]
inilah kesilapan muslimah bila diajukan soalan mengenai
tudung...rata-ratanya menjawab tudung tu wajib untuk menutup rambutnya
kerana berdasar pemahaman mereka pada ayat surah an-nur ayat 31..
Allah SWT berfirman : Katakanlah ( olehmu wahai Muhammad ) kepada
wanita-wanita beriman supaya mereka menundukan pandangan dan menjaga
kehormatan diri mereka dan jagan memperlihatkan perhiasan mereka,
kecuali apa yang jelas daripada mereka dan hendaklah mereka labuhkan
tudung sehingga ke bawah paras dada dan jangan memeperlihatkan perhiasan
kecuali kepada suami, bapa mereka, bapa mertua mereka atau anak mereka
dan anak tiri mereka, saudara lelaki dan anak saudara lelaki, saudara
perempuan dan hambanya dan di antara orang lelaki yang dikasi atau tidak
ada syahwat kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti aurat
wanita dan janganlah berjalan menghentak kaki sehingga orang dengar
perhiasan yang ada padanya. Bertaubatlah kamu kepada Allah wahai orang2
yang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan. ”
sebab
itu ramai yg salah faham tentang aurat ini sehingga ada yg memakai baju
body...baju yg ketat..berseluar jeans tetapi dengan syarat memakai
tudung sahaja...inilah dikatakan Nabi Muhammad SAW 'berpakaian tetapi
bertelanjang''.....
Tidakkan mereka tahu sebenarnya ada
sambungan ayat ini...Allah SWT menyambung lagi ayat tentang aurat wanita
di surah al-ahzab-ayat 59:
Allah SWT berfirman : Wahai Nabi,
suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani....
Labuhkan tudung hingga dada + melabuhkan pakaian hingga menutup seluruh tubuhnya BUKANNYA BALUT TUBUH...nampak tak perbezaanya?
Dear Muslimah,
Jelas dalam ayat tersebut, Allah perintahkan supaya menundukkan
pandangan serta menjaga kehormatan diri, iaitu dgn menutup aurat seluruh
badan bagi wanita kecuali muka dan telapak tangan, kerana mendedahkan
kulit atau menampakkan bentuk badan adalah merupakan satu jalan untuk
menaikkan nafsu keinginan manusia. Sebab itulah kita disuruh menundukkan
pandangan sama ada lelaki mahupun perempuan.
Maka pakaian
yang terbelah sampai Nampak betis atau paha, seluar ketat serta baju
yang boleh menampakkan bentuk badan, maka sudah jelas di sini bahawa
cara berpakaian spt. Ini adalah dilarang oleh syariat Islam dan
diharamkan oleh Allah s.w.t. Ayat di atas juga jelas menunjukan bahawa
suruhan Allah itu supaya wanita melabuhkan tudung mereka serta
melebarkannya sehingga menutupi sekitar paras dada bagi menutupi
bahagian-bahagian yang indah terukir seni, supaya tidak menonjol rapi.
Kerana tempat2 yang seni ini tidak boleh dilihat oleh kaum lelaki,
perasaan mereka mudah terusik apabila terlihatnya. Sebab itulah kaum
wanita diwajibkan menutup aurat bagi memelihara harga diri.
Mudah-mudahan dpt menundukan setiap mata yang memandang dan tidak
mengulangi beberapa kali setelah terpandang kali pertama. Alla s.w.t.
amat melarang kerana cara tersebut boleh manaikkan nafsu pihak lelaki
yang rakus, dimana kesannya boleh membawa kpd kes rogol, zina seterusnya
melahirkan anak luar nikah. Kemudian anak yang tak berdosa ini dicampak
di merata-rata tempat. Maka tercemarlah maruah yang dihargai selama
ini. Jagalah maruah diri kita, supaya diri kita tidak menjadi mangsa
akhirnya teraniaya dan hina, pada pandangan masyarakat tiada lagi
berharga......
No comments:
Post a Comment