muhasabah

Friday 20 January 2012

Marah....

marah!!!
bohong la klau da og yg ckp xpnah mrh btol x??? hehehhe..
seseorang 2 boleh marah disebabkan sekecil-kecil pekara dan sebesar2 pekara...

yang membezakannya adalah bagaimana seseorang 2 mengawal perasaan marahnya.. ad orang hanya mendiamkan diri... ada juga yang menghamburkan kata-kata kesat yng boleh menyinggung perasaan orang... ade juga orang yang menangis...

bagi aq orang yang paling kuat adalah orang yng boleh menahan diri dari perasaan marah ketika dia marah...
sekiranya seseorang 2 tidak melawan atau bergaduh tidak bererti di lemah dan penakut.. kerana disisi Allah dia sangat berani dn kuat..... kerana untuk menahan perasaan marah atau bersabar dengan sesuatu yang dilakukan oleh seseorang buknlah pekara yang mudah kerana setiap orang punya EGO!! yang tersendiri.... kononnya sekiranya kita mengalah jatuh martabat...saham.. or what ever..... adew aku kesah... yang pasti buat ape kta dilihat Gah di mata manusia tetapi hakikatnya lemah disisi ALLAH....

kadang-kadang ketika kita marah kita akan menghaburkn kata-kata yang tidak sepatutnya yang boleh menyakitkan perasaan orang yang mendengarnya....sekiranya kita merasakan dengan menghamburkan kata2 tersebut kita akan berasa puas.... sebenarnya kita silap.... cuba kita bayangkan apabila kita tersedar dari perasaan marah dan merasakan kita tidak sepatutnya mengungkapkan perkataan tersebut adakah kita berani untuk memohon kemafan????? (agak sukar tapi boleh dilakukan)...

dengan menagis dapat mengurangkan perasaan mrah... inilah yang selalu aq lakukan... aku menngis tak bererti aq lmah tetpi aku menAngis kerana aku takut aq akan melakukan pekar2 diluar jangkauan orang... contohnya aq mungkin akan membelasah orang 2..... lagipun aq bkanlah seorang yang penyabar... tetpi sekirnya selepas aq menagis orang 2 masih lagi bt aq marah just wait..... wk2 2 mmg payah aq nk brk0mpromi... dengan menanis juga secara x langsung dapat mengeluarkan perasaan marah dari badan.. xcya cuba try...


DI BAWAH NI MUNGKIN UNGKAPAN YANG LEBIH TERATUR YANG AKU SEDIAKAN...... untk korang..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.(Riwayat Ibn Abi Dunya)

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.(Riwayat al-Bukhari)

Marah adalah sifat mazmumah yang menunjukkan kelemahan seseorang kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil air sembahyang). Banyak kaedah yang Rasulullah ajarkan apabila seseorang anak Adam itu marah.

Rasulullah SAW bersabda, Jika salah seorang di antara kalian marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk, apabila marahnya tidak hilang juga, maka hendaklah ia berbaring (H.R. Ahmad)

Tidak semua sifat marah yang dilarang. Ada sifat marah yang terpuji, iaitu perasaan marah apabila berlakunya perlanggaran terhadap hokum yang dilarang oleh Allah. Orang mukmin yang tiada langsung rasa marah apabila melihat agama ditindas dan hukum Allah dipermainkan oleh orang lain, perlu muhasabah sejauh mana imannya. Lemah sangatkah iman sehingga tiada langsung rasa marah demi mempertahankan agama?

Marah yang dicela adalah apabila rasa marah itu dikawal oleh hawa nafsu semata-mata tanpa berlandaskan penghayatan agama dan iman yang teguh. Kita sering mengaku bahawa syaitan itu musuh kita, tetapi masih ada di kalangan kita yang sentiasa mengikut telunjuk syaitan tanpa disedari apabila dia bersikap reaktif terhadap sesuatu masalah dan mudah melemparkan kemarahan. Marah itu sifat semulajadi manusia, bukan manusialah seseorang itu jika tidak pernah ada sedikitpun rasa marah dalam hatinya.

Imam al-Ghazali pula berkata: Kemarahan manusia itu bermacam-macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.

Ada segelintir yang cepat melenting apabila tidak diberikan sesuatu yang dikehendakinya. Ada juga yang marah dan bersangka buruk dengan Allah apabila Allah lambat dan tidak memperkenankan doanya. Akhlak seorang mukmin itu apabila dia tidak mendapat apa yang dihajati,dia berasa gembira dan sebaliknya, apabila dia diberi kesenangan itu, dia berasa bimbang. Bimbang sekiranya kesenangan itu menjadi ujian baginya. Jangan kecewa jika Allah tidak memberi apa yang dihajati. Bersyukurlah, pasti ada hikmahnya. Berlapang dadalah. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Jangan biarkan diri dikuasai oleh syaitan. Marah itu umpama api, kawallah ia sebaik-baiknya.

Doa menghilangkan rasa marah, yang bermaksud:
“Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”

Doa menghadapi orang yang sedang marah, yang bermaksud:
“Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Kasih Yang lagi Maha Bijaksana, Maha suci Allah Tuhan yang memelihara tujuh langit dan yang memelihara ‘arasy yang besar tiada Tuhan melainkan Engkau, sangat kuat perlindungan-Mu dan Maha tinggi perlindungan-Mu.”

Maafkanlah orang yang berbuat kesalahan terhadap kita jika kita mampu. Akhlak kita melambangkan tahap keimanan kita, samada kita benar-benar hambaNya yang beriman ataupun tidak. Semoga kita tergolong dalam hamba-hambaNya yang mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment